Wednesday, November 21, 2012

Bab 4 (pemikiran sebagai asas etika dan nilai-nilai moral)


                                                         
Konsep dan pembahagian etika
Perkataan etika berasal daripada perkataan Greek iaitu ethos yang bermaksud character atau perangai Para sarjana membahagikan etika kepada tiga iaitu etika meta (meta ethics), etika normative (normative ethics), dan etika gunaan (applied ethics)

Etika Meta (meta ethics)
Meta bermaksud “di sebalik apa yang dapat dilihat dengan mata kasar ” . Ia jelas menunjukkan bahawa ia melibatkan persoalan ghaib seperti kuasa Tuhan, keagamaan, kebenaran sejagat dan peranan akal. Ia melibatkan metafizikal, psikologikal dan linguistik.

Etika Normatif (normative ethics)
Ia bermaksud membuat kritikan dan melakukan penilaian ke atas etika moral yang ada dan kemudiannya mencadangkan satu sistem standard untuk semua. Diasaskan kepada rasional dan penaakulan akal. Terdapat 2 teori yang digunakan dalam etika normatif iaitu teori deontological dan teori teleological. Teori deontological menilai baik-buruk berdasarkan tindakan manakala teori teologikal pula menilai baik-buruk berdasarkan kesan sesuatu tindakan.

Etika Gunaan (applied ethics)
Membincangkan isu-isu khusus dalam kehidupan seharian meliputi pelbagai bidang seperti perniagaan , perguruan , alam sekitar dan sebagainya .

Aliran-aliran Etika

Utilitarianisme
Menegaskan bahawa manusia patut memaksimumkan kebaikan secara konsisten untuk kebaikan seramai mungkin orang lain. Diasaskan oleh Jeremy Bentham (1748-1832) dan John Stuart Mill (1806-1873). Jeremy telah menghasilkan alat mengukur kebaikan yang dikenali sebagai Kalkulus Hedonistik Bentham.

Hedonisme
Ia menentukan bahawa matlamat kehidupan ialah untuk mendapatkan kelazatan hidup yang maksimum. Piawai yang digunakan bagi menentukan kelazatan dan keseronokan ialah nafsu dengan segala jenis dan kerencamannya. Budaya ini boleh membiakkan sikap individualistic dan egoistik.

Eksistensialisme
Menegaskan bahawa moral hendaklah berpaksikan kebebasan. Individu mempunyai kebebasan menentukan tindakannya.Jean Paul Satre merupakan pelopor utama doktrin eksistensialisme.
AKHLAK ISLAM

Definisi akhlak
Akhlak yang terpuji pada pandangan tokoh Tasawuf merujuk kepada perangai yang menyenangkan dan lemah lembut dalam pergaulan.

Cara membentuk akhlak mulia
Terdapat pelbagai cara anya dapat dibentuk melalui latihan secara bersungguh-sungguh.Disiplin dan garis panduan secara khusus perlu diikuti dengan penuh minat. Memberi fokus kepada adab-adab tertentu seperti adab bangun pagi, mandi dan sebagainya.

Faedah akhlak mulia
Seperti yang diketahui umum faedah akhlak mulia sangat besar di sisi Allah S.W.T. Dengan kata lain ia memperoleh keredhaan dan meningkatkan martabat di sisi Allah S.W.T serta dapat menyampaikan cita-cita dan hajat seseorang.

Bahaya Akhlak Buruk
Akhlak buruk sememangnya merupakan sesuatu yang ingin dijauhi oleh semua manusia kerana ia meninggalkan impak yang tidak baik iaitu menyempitkan rezeki. Kedua, ia mengundang bahaya kepada kehidupan dunia seperti gelisah dan bimbang dan yang terakhir ialah tidak memberi ketenangan kepada pemiliknya dan memberi keburukan kepada diri dan orang lain.